12 January 2011


Assalamualaikum.

Pada kali saya ingin ingin menceritakan pula tentang kisah Histogram. Histogram mempunyai banyak pengertian yang berbeza walaupun ianya tetap dalam bentuk graf. Histogram boleh juga wujud dalam subjek Matematik. Tetapi bagi bidang fotografi, Histogram tetap wujud dalam bentuk graf tetapi graf yang terbentuk pada skrin kamera membawa pengertian yang berbeza yang perlu difahami.

Jangan pening-peningkan kepala anda dengan hal Histogram ini. Mungkin bagi sesiapa yang pertama kali mendengar mengenai Histogram pasti akan merasakan benda ini perkara yang susah. Tetapi sebenarnya mudah sahaja untuk difahami. Tiada yang susah melainkan jika anda mempunyai minat yang mendalam untuk mengetahui ilmu Allah ini.

Mari kita pergi secara mendalam tentang Histogram. Histogram merupakan satu graf yang memaparkan bagaimana cahaya berselerak di dalam sesuatu imej itu. Pada bahagian kiri graf menunjukkan bahagian Shadow manakala bahagian kanan graf menunjukkan tentang highlight. Shadow merupakan bahagian yang gelap pada imej manakala highlight merupakan bahagian yang cerah pada imej. Baiklah. Selepas anda mengetahui tentang bahagian mana shadow dan bahagian mana highlight, mari kita lihat pula apa yang dikatakan tentang overexposed dan underexposed.

Apa itu overexposed? Overexposed berlaku apabila imej kehilangan detail pada hightlight iaitu terdapat pembentukan satu puncak tinggi pada bahagian kanan histogram. Apabila overexposed berlaku, bahagian yang terlampau cerah itu adalah semuanya berwarna putih. Bahagian berwarna putih ini mempunyai nama panggilan yang selain seperti "Blown out highlight dan clipped whites" Hal ini bermakna tiada data pada bahagian itu. Jika anda mahu memulihkan bahagian ini menggunakan software seperti Photoshop, anda tidak dapat menyelamatkan bahagian ini kerana tiada data padanya. Ini bermakna anda tidak begitu peka tentang masalah exposure pada sesuatu imej dan menunjukkan kecacatan pada imej tersebut.

Bagaimana pula tentang underexposed? Jika overexposed merupakan bahagian putih pada imej yang terlampau cerah, Underexposed pula berlaku apabila imej mengandungi bahagian shadows yang kehilangan details. Ini bermaksud bahagian hitam pada imej yang terlampau hitam. Bahagian hitam ini juga tidak mempunyai data padanya. Jika anda begitu mahir tentang editting, bahagian ini juga tidak akan dapat diselamatkan. Istilah underexposed boleh juga dikenali sebagai "Blocked up shadows", "Crushed shadows", "crushed blacks", "clipped blacks".




Apa itu correct exposure? Tiada lain dan tidak bukan, tentulah imej yang mempunyai details yang seimbang pada bahagian highlight dan juga pada bahagian shadow. Biasanya histogram tidak akan mencecah pada mana-mana bahagian kiri atau kanan. Ianya akan terbentuk seperti graf berbentuk loceng atau pun "bell shape". Ini bermakna, jika anda mahu melakukan editting pada imej tersebut, anda akan dapat hasil yang anda inginkan kerana semua data masih ada di dalam imej itu.

Kesimpulannya, rajinkanlah diri anda untuk melihat pada histogram untuk mendapatkan exposure yang betul dari kamera anda. Golongan profesional pun kerap menggunakan fungsi histogram ketika mengambil gambar yang menarik. Belajarlah dari orang yang berpengalaman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

# CARI DI SINI

LATIH TUBI MATEMATIK UPSR

#IKUTI DI FACEBOOK

#IKUTI MELALUI EMEL

#GOOGLE+ CIKGU AFIQ

#SUKA DILIHAT

pablodolah. Powered by Blogger.

- Copyright © "PHOTO IN ZONE" - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -