16 December 2010

Pada tanggal 14 haribulan Disember merupakan hari yang paling bersejarah bagiku kerana aku telah berjaya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di atas lebuhraya Utara-Selatan dekat-dekat dengan terowong Perak.

Sesampainya aku di plaza tol, aku pun mula amik tiket dengan harapan dapat memandu sambil berehat di lebuhraya. Tetapi lain pula yang jadinya kerana sesampainya aku hampir-hampir di muka terowong, kereta aku pun telah berhenti di atas lebuhraya kira-kira hampir 2 jam lamanya. Apa lagi, aku pun matikan enjin kereta lalu keluar berjalan-jalan di atas lebuhraya seolah-olah macam berjalan di halaman rumah sendiri sambil bertegur sapa dengan jiran-jiran kereta yang ada berhampiran.

Jam yang pertama rasanya begitu seronok kerana aku (1) berpeluang berada di atas lebuhraya. (2) Dapat mengambil gambar permandangan kesesakan lalu lintas. (3) berjumpa dengan rakan-rakan kesesakan di situ.

Jam kedua pula bertukar wajah. AKu mula bosan dan kesakitan kerana pundi kecing sudah mula dipenuhi. Akhirnya pukul 6 petang aku telah berjaya meloloskan diri dari kesesakan lalu lintas itu. Rupa-rupanya ada sebuah lori yang duduk berbaring di atas jalan. Sebab itulah tiada sebuah kereta pun yang dapat bergerak sepanjang kesesakan hatta sebuah motor pun.


Fuh... lega rasanya dapat menunaikan hajat dan menunaikan solat yang tertunggak kerana kesesakan tersebut. Asalnya, aku mahu ke Kuala Sepetang untuk bergambar di sana. Tetapi memandangkan kesesakan yang telah menghalangku, aku terpaksa berpatah balik semula ke Ipoh dan berehat di sana.













Tanpa suntingan yang dikenakan terhadap gambo2 ini.

2 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

# CARI DI SINI

LATIH TUBI MATEMATIK UPSR

#IKUTI DI FACEBOOK

#IKUTI MELALUI EMEL

#GOOGLE+ CIKGU AFIQ

#SUKA DILIHAT

pablodolah. Powered by Blogger.

- Copyright © "PHOTO IN ZONE" - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -