From Perak, Malaysia


From Perak, Malaysia


From Perak, Malaysia

From Perak, Malaysia

Assalamualaikum. Pada ari Selasa yang lalu, masa aku tersadai JEM kat Jelapang aritu, dan kebetulan pulak waktu tu aku tak dapat nak shoot gmbo di Kuala Sepetang, aku telah bergerak pada keesokan harinya ke Teluk Batik

Sebenarnya, aku dah banyak kali pergi ke sini. Cume gambarnya jer yang takde lagi. Selepas aku memiliki se kamera, barulah gambarnya wujud. Sebenarnya, banyak lagi gambar di Teluk Batik, cume mereka semua belum di edit lagi. Aku ni masih lagi baru dalam dunia HDR. Biasanya satu gambar akan memakan masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Itu pun lepas campur tolak duk menunggu datangnya idea pengeditan. Ade sorang omputeh pro ni kate, dia hanya amik mase lebih kurang 30 minit jer. Kalu waktu memula dulu mungkin 30 jam agaknya. hehe

Orang biasanya akan salah anggap dengan gambar-gambar HDR. Sebab mereka duk kate HDR ni gambarnya seolah-olah macam kartun. Tapi semua itu tak betul. Jika dibuat dengan betul mengikut resepi, akan jadilah seperti HDR itu sendiri. Apa tu HDR? HDR tu dari kata bahasa Inggeris iaitu High Dynamic Range. Kalu anda berminat, anda taiplah HDR di ruangan Google tu. Banyak yang boleh anda dapati. Jadi....Selamat mencuba.


Gambar yang keempat tu tak berapa nak tajam@sharp sebab aperture yg digunakan ialah 3.5
Ada kesilapan disitu.