Gambar di atas merupakan gabungan 3 keping gambar. Gambar yang dimaksudkan ialah gambar batu dan ombak, gambar ufuk @ Horizon yang lurus yang memisahkan bumi dan langit dan juga gambar langit. Ketiga-tiga gambar ini telah digambungkan dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop CS5. Dengan mengaplikasikan layer mask, layer adjusment dan beberapa peralatan/tool yang sedia ada. Semuanya ini bergantung kepada kekretifan yang anda miliki.

Selepas ianya digabungkan, gambar ini telah diproses dengan menggunakan perisian HDR iaitu Photomatix pro. Dalam proses ini, saya tidak menggunakan tiga keping gambar yang berlainan exposure tetapi hanya melakukan sekeping sahaja.

Seterusnya, proses yang perlu dilalui sebelum diterbitkan ialah dengan mengunakan perisian Adobe Lightroom. Saya telah melakukan sedikit pengubahsuaian dari segi kecerahan, tone warna dan juga kontras. Alhamdulillah, setelah hampir satu jam, maka gambar ini berjaya dihasilkan. Ini merupakan percubaan saya yang pertama. Jika anda memiliki wide angle lens adalah lebih sesuai untuk gambar seperti ini yang dikenali juga sebagai Vertorama.

Jika ada sebarang komen, amatlah dialu-alukan.