Assalamualaikum.

Pada hari ini, ramai manusia terutamanya rakyat Malaysia berhajatkan kepada kamera DSLR. Pada zaman ini, mungkin ini dinamakan trend. Tetapi bagi pembeli yang betul-betul ingin memiliki kamera DSLR yang canggih dan tahan lasak, terdapat beberapa faktor-faktor yang perlu dipertimbangan. Bagaimana anda ingin memilih kamera DSLR? Ini cara-caranya...

Faktor Harga
Perkara pertama yang timbul kebiasaannya ialah bajet kita. Pengeluar kamera telah mereka cipta kamera yang murah dan yang mahal. Kalau yang mahal sudah tentulah memiliki ciri-ciri tambahan yang tiada pada kamera yang murah. Jika dibandingkan kamera DSLR Nikon D3000 dengan D3X memang begitu jauh bezanya walaupun sama-sama tergolong dalam keluarga Nikon. Kalau nak tahu kamera itu mahal ke atau tidak, lihat sahaja pada nama kamera itu. Jika kamera itu memiliki dua atau tiga huruf seperti D3X, sudah tentulah harganya mahal. Harga D3X sahaja sudah RM 29, 988, 00. Jadi kamera DSLR bukan peralatan yang murah seperti yang anda sangkakan. Terpulang kepada anda. Jika anda merupakan fotografer yang profesional, sudah tentulah kamera yang mahal menjadi pilihan kerana banyak ciri-ciri tambahan yang membantu ketika menjalankan pekerjaan mereka. Jika ianya sekadar hobi, bermulalah dengan kamera yang asas sahaja seperti D3000.



Selain faktor harga kamera, anda juga perlu mempertimbangkan:

Harga lensa. Lensa kebanyakannya mempunyai harga yang mahal. Tetapinya, ianya bergantung kepada anda. Selain itu, terdapat juga lensa dari keluaran syarikat 3rd Party seperti Tamron, Sigma, Tokina dan lain-lain lagi.

Bateri dan kad memori tambahan. Jika fotografi adalah hobi anda, mempunyai satu bateri dan kad memori sudah mencukupi. Jika anda adalah seorang jurugambar perkahwinan, semestinya perlu memilikinya lebih daripada satu.


Selain itu, harga filter perlu diambil kira. Jika anda seorang jurugambar landskap, sudah semestinya anda tidak boleh lari dari pelbagai jenis filter. Bagi yang baru menceburi bidang ini, adalah dinasihatkan supaya melindungi lensa anda dengan filter UV sebagai perlindungan tambahan bagi mengelakkan kesan calar atau terkena objek keras pada permukaan lensa.



Faktor kedua: Tujuan anda membelinya.
Perkara ini merupakan perkara yang serius. Bagi mereka yang baru dalam bidang fotografi, jika hajat memiliki kamera adalah merupakan trend masa kini, ini adalah amat digalakkan supaya menjauhkan diri daripanya. Jika anda memiliki kamera kerana terikut dengan rakan-rakan anda. Baik toksahlah. Fotografi perlu ada minat yang begitu mendalam. Jika anda berhajatkan sebuah kamera kerana faktor kerjaya anda, hal ini amat digalakkan.


Faktor Ketiga : Size kamera
Jika anda seorang jurugambar, sudah semestinya kamera DSLR menjadi pilihan dan bukannya kamera kompak. Kamera kompak sesuai untuk orang biasa yang inginkan gambar mereka dirakamkan sahaja tanpa perlu mengubah mana-mana fungsi seperti aperture dan shutter. Bagi pengguna dslr, sewajibnya anda perlu tahu apa itu aperture, shutter speed dan ISO. Kalau dilihat dari segi saiz, kamera yang canggih dan mahal mempunyai struktur binaan yang besar berbanding kamera dslr yang murah. Kamera yang besar mempunyai kestabilan pegangan yang tinggi berbanding kamera yang kecil. Jika anda memiliki tangan yang lebar dan besar, anda sesuai dengan kamera yang besar. Tetapi ianya mahal. Tidak perlu dirisaukan kerana kamera kecil juga boleh menjadi besar jika ditambah dengan pemegang bateri (Battery Grip)


Faktor Keempat: Kebolehan Autofokus.
saya memiliki kamera yang tidak boleh autofokus dengan lensa tertentu seperti lensa 50mm 1.8. iaitu D5000. Bagi kamera D90 dan ke atas, mereka semua memiliki binaan motor di dalam kamera. Ini bermaksud, jika lensa itu tidak mempunyai fungsi motor autofokus seperti lensa 50mm 1.8, autofokus tetap boleh dilakukan kerana terdapatnya binaan motor dalaman kamera. Seperti D5000, motor autofokus tidak dibina di dalam kamera. Untuk menjalankan fungsi autofokus, anda perlu mencari lensa yang boleh autofokus seperti lensa 35mm 1.8. Senang cerita, kamera yang ada autofokus motor dalam kamera boleh menggunakan semua jenis lensa dan tidak D5000 dan beberapa jenis kamera yang lain.


Faktor Kelima: Berapa Megapiksel?
Soalan yang sering dibanding beza dalam membeli kamera. Megapiksel yang besar memainkan peranan yang penting bila anda mahukan imej yang besar seperti gambar poster ataupun gambar iklan di tepi jalan raya. Jika anda tidak begitu sangat memerlukan imej yang besar, abaikan sahaja soal jumlah megapiksel yang dimiliki sesebuah kamera. Tetapi jumlah megapiksel yang besar turut memainkan peranan yang minor dalam gambar. Gambar nampak kelihatan cantik. hehe...


Faktor Keenam: Size sensor.
Soalan berkaitan yang perlu dipertimbangkan ialah jumlah kebesaran sensor sesebuah kamera. Seperti Nikon, terdapat dua jenis keluarga kecilnya iaitu keluarga DX dan keluarga FX. Keluarga DX bermaksud kemera-kamera kumpulan ini memiliki 'Crop Factor' sebanyak x1.5 manakala bagi kamera keluarga FX pula adalah x1. Sebagai contoh, jika anda memiliki D5000 yang tergolong dalam kumpulan DX. Anda telah tetapkan jarak fokal lensa anda pada 18mm sebagai contoh. Bila anda mengambil gambar, jarak fokal sebenar ialah 18mm di darab dengan pekali 1.5 menjadi 27mm. Jika anda tetapkan pula jarak fokal lensa sebagai contoh 18mm pada kamera FX, nilai 18mm itu tidak akan berubah kerana pekalinya adalah 1. Kesimpulannya, kamera DX ada kebaikannya pada jarak fokal yang tinggi seperti 200m. Ianya akan menjadi 300mm. Tetapi kekurangannya pada wide angle. Untuk mengatasinya, anda perlu melaburkan duit anda kepada Wide Lens seperti lensa Sigma 10-20mm.




Faktor Keenam: Ciri-ciri tambahan yang lain

Dalam memilih DSLR idaman, anda perlu pertimbangkan ciri-ciri seperti berikut:

Burst Mode: Kemampuan kamera untuk menangkap beberapa gambar dengan hanya menekan butang shutter pada kamera. Ianya sesuai untuk fotografi sukan dan aksi yang melibatkan pergerakan yang banyak dan menarik.

Maximum shutter speed: Kebanyakan DSLR mempunyai keupayaan maksimum shutter ynag tinggi. Bagi kamera yang mahal, ciri-ciri ini terdapat di dalamnya dan sering menjadi pilihan jurugambar sukan.

ISO: Bagi kamera yang murah, tahap ISO nya adalah rendah sekitar 100 sehingga 3200. Bagi kamera yang mahal dan canggih, ISO yang boleh dicapai seperti 102, 400. ISO mempunyai perkaitan dan rapat dengan Noise.

Size LCD Skrin: Kadang-kadang terdapat kamera yang mempunyai LCD yang kecil dan ada juga yang besar. LCD ini membantu anda melihat semula imej yang telah dihasilkan oleh kamera anda. LCD yang besar mempunyai banyak kelebihan berbanding yang kecil.

Anti Shake: Bagi kamera seperti SONY, syarikat telah membina ciri anti shake di dalam badan kamera. Manakala bagi NIKON dan CANON, ciri anti shake terdapat pada lensa. Fungsinya tetap sama iaitu mengurangkan risiko kabur pada imej. Kelebihan yang dimiliki SONY ialah sebarang lensa boleh digunakannya termasuklah lensa lama-lama. Manakala bagi NIKON dan CANON, untuk mendapatkan imej yang jelas, terdapat fungsi "Image Stabilization bagi Canon" dan "Vibration Reduction bagi Nikon" pada lensa. Jika lensa itu tiada tulisan VR atau IS, adalah sukar untuk mendapatkan imej yang jelas.


Setakat ini sahaja yang boleh saya bantu. Jika anda inginkan kamera yang hebat dan canggih, apa-apa dulu adalah bajet dan naluri anda. Jika anda mahukannya kerana minat, teruskanlah dan jika anda hanya terikut-ikut dengan rakan-rakan anda, lebih baik anda tinggalkan bidang ini. Bidang fotografi memerlukan orang yang betul-betul minat dengannya dan barulah kemudian datangnya gambar-gambar yang cantik dan hebat.